Shahrul Saad Tak Sangka Sarung Jersi JDT
Dunia
JST
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah tersendiri selepas berjaya menjadi satu-satunya kelab di Malaysia yang menyapu bersih keempat-empat kejuaraan yang dipertandingkan di Liga Malaysia.

Bagi pemain pertahanan JDT, Shahrul Saad, beliau merasakan bahawa pencapaian luar biasa yang diraih pasukannya itu bukanlah satu pengakhiran dan kesemua pemain bersedia untuk mencipta sejarah pada masa akan datang.

“Insya-Allah, ini bukanlah penghujung buat pasukan JDT. Kami akan terus berusaha lagi untuk tahun yang akan datang. Banyak lagi sejarah yang akan kami lakukan dan kejayaan yang akan cipta pada tahun hadapan,” jelas Shahrul Saad sejurus tamat perlawanan akhir Piala Malaysia semalam.

Advertisements

Dalam masa yang sama, Shahrul turut berkongsi bahawa beliau sendiri tidak menyangka akan menyarung jersi JDT selepas berhijrah dari pasukan Perak dalam keadaan beliau mengalami kecederaan yang mengambil masa yang lama untuk pulih.

“Sebenarnya saya pun tak pernah menyangka yang saya akan menyarung jersi JDT. Waktu saya datang ke JDT pun, saya dalam keadaan cedera dan mengambil masa yang lama untuk pulih.

“Tapi Tengku Mahkota Johor (TMJ) percaya kepada saya. Dia banyak beri kata-kata semangat supaya saya dapatkan balik prestasi saya yang sebelum ini. Saya rasa bersyukur sangat untuk tahun ini, satu pencapaian terbaik buat pasukan Johor,” luahnya lagi.

Advertisements

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia semalam, JDT berjaya bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum duo berbisa mereka iaitu Bergson dan Forestieri meledak untuk mengubah keputusan menjadi 2-1 sekali gus menghadiahkan piala keempat buat JDT musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram