Advertising
Shandong Taishan Ambil Risiko Tak Masuk Akal Untuk Atasi JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Shandong Taishan telah mengambil risiko tak masuk akal sebelum memenangi aksi Asian Champions League Elite (ACLE) bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Selasa.

Pembantu jurulatih Shandong, Tang Tian mendedahkan bahawa barisan kejurulatihan telah merombak pasukan dengan 9 pertukaran dilakukan bagi menghadapi JDT.

Ad

Shandong hanya menurunkan dua pemain import dalam kesebelasan utama dengan penjaring gol tunggal iaitu Zeca bermula di bangku simpanan.

Ad

“Semua persiapan kami adalah 100 peratus, dan usaha kami juga 100 peratus. Kami akan mengkaji semula dan bersedia untuk perlawanan di tempat lawan menentang Kawasaki dan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan.

“Bercakap mengenai kesebelasan utama, 9 pemain telah diganti. Apa yang saya ingin nyatakan ialah kami akan melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan. Dua perlawanan Liga Juara-Juara Asia dan satu perlawanan akhir Piala FA, barisan pemain sudah tentu berisiko, tetapi kami sentiasa perlu mengambil risiko untuk menang,” jelas Tang Tian kepada media 163 selepas perlawanan.

Ad

Zeca menjadi wira Shandong Taishan apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-68 sudah memadai untuk memberikan kemenangan berharga di laman sendiri.

Ad

Untuk aksi ACLE seterusnya, Shandong bakal bertemu Kawasaki Frontale pada 4 Disember depan di gelanggang lawan manakala JDT pula bakal akan bertemu gergasi Thailand, Buriram United pada 3 Disember.

Ad