Shazwan Wong: Kim Pan-gon Tak Layak
Dunia
Harimau Malaya Youtube
Advertisements

Pengurus FC Setia Alam, Shazwan Wong menyatakan bahawa jurulatih baharu skuad kebangsaan, Kim Pan-gon tidak layak untuk mengemudi skuad Harimau Malaya.

Jurulatih FC Setia Alam ini juga menganggap bahawa Kim Pan-gon antara jurulatih yang terbaik daripada beberapa jurulatih yang telah disenaraikan pendek oleh pihak FAM sebelum ini.

“Kalau bagi saya dia memang tak layaklah, siapa dia ni?

Advertisements

“Mungkin dia yang terbaik daripada beberapa jurulatih yang ada.”

Shazwan Wong dalam pada itu berpendapat sebelum nama Kim Pan-gon ini terkenal di Malaysia, tiada seorang pun yang mengenali siapa Kim Pan-gon ini sebenarnya.

Tambah Shazwan, beliau mempersoalkan apa kejayaan yang telah Kim Pan-gon capai bersama skuad kebangsaan Hong Kong sebelum ini.

Advertisements

“Siapa kisah tentang jurulatih daripada Hong Kong? Apa yang Hong Kong dah capai daripada sumbangan Kim Pan-gon?

“Sebelum nama dia naik untuk jadi jurulatih kebangsaan, kita tidak kenal pun siapa dia ni,” kata Shazwan dalam Youtube Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram