Shin Tae-Yong: Indonesia Berpotensi Menjuarai Piala AFF
Piala AFF
Bola.com/M Iqbal LC
Advertisements

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-Yong ingin anak buahnya bekerja keras kerana skuad kali ini dianggap berpotensi untuk menjuarai kejohanan bola sepak terbesar rantau Asia Tenggara ini.

Bukan melepasi separuh akhir mahupun final sebaliknya mensasarkan menjadi juara Piala AFF 2020.

“Setiap perlawanan kami akan bekerja keras dengan memikirkan kami berpotensi juara. Ia juga penting untuk mensasarkan untuk menang, tetapi setiap perlawanan yang kami bakal hadapi perlu bekerja keras tingkatkan prestasi. Jadi mungkin kami boleh menjadi juara juga,” kata jurulatih pasukan Timnas Indonesia dalam sidang media kelmarin.

Advertisements

Walaubagaimanapun beliau turut sedar tugas getir perlu dihadapi pasukannya yang diundi satu kumpulan bersama juara bertahan, Vietnam dan juara edisi 2010, Malaysia.

“Memang di kumpulan B ada Vietnam yang sudah juara pertandingan sebelumnya, dan juga ada Malaysia yang memang bersaing ketat dengan Indonesia, dan ada Kamboja dan Laos juga, semua tim yang baik,” kata Shin Tae-yong.

“Jadi ini merupakan pengalaman pertama saya di Piala AFF, tetapi kami sudah bersedia dengan baik. Setiap pertandingan pastinya kami akan berusaha untuk mendapatkan apa hasil yang diinginkan oleh saya,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram