Shin Tae-yong Masih Kecewa, Mohon Siasatan AFC
Asia
PSSI
Advertisements

Jurulatih skuad Indonesia Bawah 23 Tahun, Shin Tae-yong akui masih kecewa selepas tersingkir dari peringkat separuh akhir Piala Asia B-23 2024 namun akur dengan segala yang telah terjadi

Pengendali dari Korea Selatan itu beranggapan pemain kendaliannya sudah memberikan segala-galanya yang termampu ketika tewas kepada Uzbekistan tempoh hari dan merasakan segala yang telah berlaku tidak boleh diubah.

“Jika saya mengulas mengenai aksi separuh akhir, masih ada beberapa hal yang saya fikirkan. Pemain sudah memberikan kemampuan terbaik yang mereka ada.

Advertisements

“Tapi kalian tahu ada situasi akibat keputusan pengadil dan takdir tidak akan mampu diubah,” tutur Shin Tae Yong dalam sesi sidang media pra-perlawanan yang dikongsikan CNN Indonesia.

Shin Tae-yong berharap Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan membuat siasatan terhadap mutu pengadilan agar keadilan dapat dirasakan oleh pasukan-pasukan yang bertanding.

Advertisements

“Pada masa hadapan, jika AFC ingin maju, kita harus menghormati baik pemain atau yang lain, semua pasuan dan yang lain-lain. AFC harus membantu kedua-dua pasukan saling menghormati.

“Saya sudah mengulas video perlawanan berkali-kali. Saya sudah lebih 40 tahun di dalam bola sepak. Maksud yang ingin saya sampaikan adalah rasa hormat untuk AFC dan AFC juga harus menghormati para pemain di dalam pasukan,” luah Tae-yong lagi.

Advertisements

Indonesia akan bertemu Iraq dalam penentuan tempat ketiga Piala Asia B-23 esok (2 Mei). Pemenang perlawanan itu bakal menempah tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram