Shin Tae-yong Nasihatkan Son Heung-min
Asia
shintaeyong7777/Korea FA
Advertisements

Akibat kes yang tular membabitkan Son Heung-min bersama rakan sepasukannya minggu lalu, pengendali Indonesia, Shin Tae-yong pula memberikan pendapat peribadi beliau.

Menurut VN Express, Tae-yong ditemu bual oleh salah satu saluran Korea Selatan menasihati Son Heung-min agar bersikap bertolak ansur dengan memaafkan Lee Kang-in memandangkan beliau merupakan pemain yang berpengalaman di dalam skuad.

“Saya rasa Son Heung-min, sebagai senior, harus memaafkan Lee Kang-in,” kata Shin di saluran Korea Selatan, KBS.

Advertisements

Beliau yang pernah membimbing Korea Selatan pada tahun 2017 hingga 2018 menambah, Kang-in pula perlu menunjukkan rasa hormat kepada pemain senior dan akui kesilapan beliau demi menjaga keharmonian pasukan.

“Sebagai junior, Lee (Kang-in) hanya perlu memberitahu Son (Heung-min) bahawa dia masih muda jadi dia tidak memikirkannya dan tidak akan ada masalah antara mereka,” tambah pengendali berusia 54 tahun itu.

Minggu lalu, tular di media sosial berkenaan insiden pergaduhan membabitkan Son Heung-min dan Lee Kang-in sehari sebelum perlawanan separuh akhir berdepan Jordan.

Advertisements

Akibat daripada pergolakan ini, Son Heung-min berkemungkinan besar bakal berdepan tindakan seperti penggantungan pada panggilan kebangsaan berikutnya.

Begitu juga dengan Kang-in, yang turut berdepan tindakan saman daripada salah sebuah syarikat terkenal Korea Selatan, Arachi Chicken.

Korea Selatan yang dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan pada Piala Asia yang lalu bagaimanapun mengharungi kempen dengan aksi hambar meskipun meloloskan diri sehingga ke peringkat separuh akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram