Shin Tae-yong Persiap Skuad Indonesia Ke Piala Dunia
Dunia
Instagram @shintaeyong7777
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong sudah merangka persiapan rapi bagi memastikan pasukan Indonesia layak ke Piala Dunia.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu ketika ini sedang membimbing pasukan bawah 19 tahun Indonesia bagi menghadapi kejohanan Piala AFF bawah 19 tahun.

Mengulas lanjut, beliau yakin ini merupakan medan terbaik buatnya untuk merangka persiapan  rapi dalam usaha untuk membentuk skuad yang mampu bersaing dengan baik pada tahun hadapan.

Advertisements

Ini bagi memastikan sasarannya bagi memastikan skuad muda ini bersedia sepenuhnya dari segenap aspek.

“Ini merupakan kejohanan bawah 19 tahun saya yang pertama.”

“Saya perlu melihat kualiti dalam pasukan ini kerana fokus kami bukan di peringkat ASEAN tetapi menjelang Piala Dunia bawah 20 tahun depan.”

Advertisements

Sungguhpun Indonesia menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala AFF ini, jurulatih berusia 47 tahun ini tidak mahu para pemainnya terbeban dengan keadaan ini dan yakin mereka akan bermain dengan sebaik mungkin.

“Sasaran saya sudah semestinya juara namun ini merupakan pergandingan bagi pemain di usia yang muda.”

“Setiap bulan prestasi pemain akan berubah jadi saya tidak mahu memberi tekanan kepada mereka sehingga tidak boleh memberi yang terbaik,” jelas beliau dalam satu temubual oleh Bola.com.

Advertisements

Untuk rekod, kali terakhir pasukan muda Indonesia menjadi juara Piala AFF ini adalah pada tahun 2013 dan sudah pasti rakyat Indonesia mahu melihat skuad ini menghadiahkan kejayaan bermakna kepada mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram