Advertising
Shopee Cup: Badrul Afzan Mahu Terengganu Buru Jaringan Awal
MakanBola
Terengganu FC

Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan mahu para pemain fokus memburu jaringan awal selain tidak mahu terleka pada aksi Shopee Cup bertemu PSM Makassar.

Setelah tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu kini mengalihkan tumpuan kepada saingan Shopee Cup bagi aksi ke-4 dengan berdepan wakil Indonesia, PSM Makassar.

Ad

Sementara PSM Makassar yang baru tiba di Malaysia ketika ini merekodkan dua kemenangan dan satu seri dalam 3 aksi terakhir selain memimpin carta kumpulan A dengan 7 mata.

Ad

Menurut Badrul, segala persediaan pasukan Terengganu kini berjalan lancar dengan para pemain diingatkan supaya tidak mudah leka tatkala berhadapan pendahulu kumpulan A ini.

”Persiapan menghadapi PSM Makassar berjalan dengan baik, walaupun kita tahu mereka adalah pasukan terbaik di Shopee Cup ketika ini,” kata Badrul Afzan semasa sesi sidang media.

Ad

”Kita tak boleh ambil mudah, saya dah berpesan kepada pemain-pemain supaya bersedia untuk perlawanan penting esok (Rabu),” tambah pengendali berusia 49 tahun itu.

Ad

Jelas beliau, perancangan skuad untuk memperoleh gol awal dalam misi meraih kemenangan di laman sendiri namun tidak mahu pertahanan Sang Penyu kehilangan fokus ketika asyik menyerang

Ad

”Sudah tentu kita merancang untuk mendapat jaringan awal. Jadi saya mahu para pemain bersedia walaupun kita nak gol tapi aspek bertahan perlu lebih fokus,” jelas Badrul.

Aksi Terengganu vs PSM Makassar akan berlangsung pada Rabu, 22 Januari ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 9 malam.