Advertising
Shopee Cup: Jurulatih Buriram United Akui KL City Lawan Yang Sukar
MakanBola
Buriram United FC

Jurulatih Buriram United, Osmar Loss akui KL City memberi kesukaran buat anak didiknya ketika aksi Shopee Cup pada Khamis.

Dalam aksi tersebut, Buriram United berterima kasih kepada jaringan tunggal oleh pemain tengah, Lucas Crispim di minit ke-37 yang menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

Ad

Menurut Osmar Loss, anak didik beliau sudah pun beraksi dengan cemerlang seperti yang direncanakan oleh barisan kejurulatihan bagi menghadapi pertemuan penting kali ini.

Ad

”Kami telah merancang pelan yang terbaik untuk perlawanan kali ini dan para pemain telah mempraktikkan ketika di dalam permainan,” ujar Osmar Loss ketika ditemui di sidang media.

Walaupun begitu, KL City turun bertahan dengan begitu baik serta hebat sehingga memberikan kesukaran untuk pasukan kendalian Osmar Loss ini mencipta ruang bagi memburu gol.

Ad

“Namun agak sukar untuk berhadapan lawan (KL City) yang begitu kuat ketika bertahan kerana kami tak mampu untuk mencari sebegitu banyak peluang dan ruang,”

Ad

Secara keseluruhan, Loss berpuas hati dengan cara pemain Buriram United menyekat taktik serangan balas pantas oleh KL City dan melancarkan gerakan dan asakan ke kubu lawan.

Ad

“Saya berpuas hati dengan cara kami beraksi kali ini kerana pemain berhasil mengekang serang balas pantas lawan (KL City) dan mencipta banyak gerakan untuk mencetak gol,”

“Namun agak malang apabila kami gagal sudahkan peluang tersebut.”

Kemenangan Buriram United di hadapan penyokong sendiri ini telah menghantar juara Thai League 1 ini ke separuh akhir, mengiringi CAHN yang muncul juara kumpulan B.

Buriram akan bertemu BG Pathum di peringkat separuh akhir tatkala CAHN bakal bertemu wakil Indonesia, PSM Makassar untuk merebut dua tiket ke final Shopee Cup buat julung kali.