Shopee Cup: Senarai 12 Pasukan, 2 Wakil Malaysia Sudah Terjawab
Asia Tenggara
MakanBola
ASEAN United FC
Advertisements

Senarai 12 pasukan yang bakal berentap dalam saingan Shopee Cup 2024/25 akhirnya terjawab.

Senarai 12 pasukan ini lengkap apabila kelab Myanmar, Shan United dan kelab Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng mengesahkan kelayakan ke peringkat kumpulan.

Advertisements

Preah Khan Reach Svay Rieng layak selepas mengenepikan cabaran kelab Laos, Young Elephants dengan keputusan agregat 8-3. Sementara Shan United pula layak selepas menewaskan wakil Brunei, Kasuka 4-2.

Kedua-dua pasukan ini mengisi dua slot yang ada dalam Kumpulan A. Selain Preah Khan Reach Svay Rieng dan Shan United, kumpulan ini turut mengandungi Terengganu, BG Pathum United, PSM Makassar dan Dong A Thanh Hoa.

Advertisements

Sementara Kumpulan B pula mengandungi Buriram United, KL City FC, Cong An Ha Noi (CAHN), Borneo FC Samarinda, Kaya FC – Iloilo dan Lion City Sailors.

Kesemua 12 pasukan ini akan berentap di peringkat kumpulan yang akan bermula pada Ogos ini. Setiap kumpulan bakal menempuh lima perlawanan dengan pasukan pertama dan kedua setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.

Advertisements

Format separuh akhir dan final kejohanan pula bakal berlangsung sebanyak dua kali menggunakan format home dan away. Juara bakal menerima ganjaran bernilai AS$500,000 (RM2.3 juta).

Terengganu dan KL City dipilih kerana kedua-dua pasukan masing-masing merupakan finalis Piala Malaysia 2023 dan Piala FA 2023.

Advertisements

News Comments Account