Shopee Cup: Senarai 4 Pasukan & Jadual Aksi Separuh Akhir
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) antara empat pasukan yang mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Shopee Cup yang akan berlangsung pada Mei ini.

Selepas tamat aksi peringkat kumpulan, empat pasukan mengesahkan kemaraan. Juara bertahan, Buriram United mara selaku juara Kumpulan A.

Pasukan gergasi Thailand itu diiringi pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC selaku naib juara kumpulan. Selangor mara dengan mengikat BG Pathum United 1-1.

JDT pula mara selaku naib juara Kumpulan B selepas diikat 1-1 dengan Thep Xanh Nam Dinh FC. Pasukan gergasi selatan tanah air itu mengiringi Nam Dinh selaku juara kumpulan.

Pencapaian ini menyaksikan Malaysia memiliki wakil di peringkat separuh akhir buat kali pertama sejak tahun 2005.

Pencapaian musim itu dicapai menerusi Pahang yang ketika itu dibimbing legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Harimau Selatan dijadual bertemu Buriram United di peringkat separuh akhir. Satu lagi aksi menemukan The Red Giants dan Nam Dinh.

Aksi separuh akhir pertama bakal berlangsung pada 6 Mei. Ini disusuli aksi timbal balik yang akan berlangsung pada 13 Mei.