Shopee Cup: Terengganu Buntu Diikat Dong A Thanh Hoa
MakanBola
Terengganu FC/Dong A Thanh Hoa

Aksi saingan Shopee Cup malam ini menyaksikan Terengganu terus buntu mencari kemenangan sulung selepas seri dengan wakil Vietnam, Dong A Than Hoa di laman sendiri.

Misi wajib menang buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner dengan kelebihan beraksi di laman sendiri sementara Than Hoa memburu kemenangan kedua bagi aksi Kumpulan B.

Ad
Advertisement

Pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid membuka jaringan pertama menerusi rembatan terus ke gawang gol dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan pada minit ke-22 permainan.

Ad

Pada minit ke-43 permainan, kapten pasukan Terengganu, Manuel Ott menghadiahkan gol kedua pasukan selepas mudah menerima cut-back kemas dari rakan sepasukan, Azam Azmi Murad.

Advertisement

Satu minit sebelum tamat separuh masa pertama, pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma menewaskan penjaga gol, Suhaimi Husin. 

Ad
Advertisement

Separuh masa kedua, Thanh Hoa terus mengasak akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-52 permainan menerusi jaringan sendiri oleh pertahanan Terengganu, Ubaidullah Shamsul.

Advertisement

Tiga pertukaran dibuat oleh Tomislav Steinbruckner memasukkan Marin Plij, Syahmi Zamri dan Nik Sharif Haseefy dengan menggantikan Safawi Rasid, Akram Mahinan dan Manuel Ott.

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Terengganu terlepas peluang raih tiga mata berharga ke atas pasukan pelawat.

Advertisement

Terengganu ketika ini berada ditangga kedua terakhir di kumpulan dengan 1 mata sementara Dong A Thanh Hoa rampas kedudukan tertinggi kumpulan B berkongsi 4 mata dengan PSM Makassar.