Ads
Shopee Cup: Tomislav Steinbruckner Tuntut 3 Mata Dari Terengganu
Asia Tenggara
Terengganu FC

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu pasukan itu meraih tiga mata penuh bila berdepan Thanh Hoa.

Advertisements

Keinginan itu dinyatakan pengendali Croatia itu selepas melihat Peteh tumbang kepada kelab Kemboja, Svay Rieng dalam aksi pertama Kumpulan A Shopee Cup.

Advertisements

Meskipun beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 21 Ogos lalu, Svay Rieng berjaya menyumbat tiga gol. Gabriel Silva, Pablo Carvalho dan Min Ratanak mencipta nama sebagai penjaring.

Advertisements
Advertisements

Manakala Terengganu pula membalas dengan dua gol menerusi Manuel Ott dan kapten, Safawi Rasid.

Atas sebab itu, Steinbruckner tidak mahu melihat pasukan Pantai Timur itu kecewa lagi di gelanggang keramat mereka, SSMZA. Justeru, kemenangan perlu diraih bagi membolehkan Peteh kembali memberi saingan dalam Shopee Cup.

Advertisements

“Secara asasnya tidak kerana kalau kita melihat aksi seterusnya Shopee Cup, kita perlu mendapatkan tiga mata kerana kita kalah dalam perlawanan pertama menentang pasukan Kemboja (Svay Rieng),” katanya kepada Nadi Arena.

Steinbruckner turut memberi bayangan bakal melakukan perubahan dalam kesebelasan utama Terengganu menjelang aksi kedua Kumpulan A dengan Thanh Hoa.

Ini kerana beliau juga perlu mengambil kira aksi Liga Super membabitkan Peteh dan Selangor FC yang akan berlangsung pada 28 September.

“Sekarang kita perlu mencuba, saya bukan kata satu keperluan tetapi mungkin semasa perlawanan, kita mungkin akan buat beberapa perubahan untuk beberapa pemain.

“Mungkin perkenalkan pemain-pemain yang lebih segar dan baru dari bangku simpanan untuk bermain dalam kesebelasan utama. Tapi kita mungkin akan memulakan perlawanan dengan pasukan terbaik,” tambahnya.

Thanh Hoa dijangka memberi cabaran sukar kepada Peteh. Ini kerana pasukan itu bukan saja segar daripada kejayaan menewaskan Cong An Ha Noi (CAHN) pada 20 September lalu.

Malah, pasukan itu sudah meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan A dengan menewaskan Shan United 3-1 pada 21 Ogos lalu.

Advertisements

Kedua-dua pasukan bakal berentap di SSMZA pada 25 September ini. Walau bagaimanapun, Terengganu terpaksa melupakan khidmat beberapa tonggak seperti Shahrul Nizam Ros Hasni dan Safwan Mazlan untuk aksi berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram