Shukor Adan & KL City Rasmi Berpisah
Liga Super
Aizuddin Saad
Advertisements

Pasukan Kuala Lumpur City mengumumkan secara rasmi bahawa pembantu jurulatih, Shukor Adan sah meninggalkan pasukan bagi musim ini. 

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh pihak kelab di Instagram yang menzahirkan penghargaan tinggi kepada Shukor Adan selepas bersama selama empat musim.

Untuk rekod bersama KL City, beliau berjaya membawa kejuaraan Piala Malaysia 2021 dan mencipta sejarah kelab apabila layak ke Final Zon Asia Tenggara (ASEAN) Piala AFC (AFC Cup) pada tahun 2022. 

Advertisements

Karier bekas pemain kebangsaan ini tidak terhenti setakat itu, beliau difahamkan telah menggalas tanggungjawab sebagai penolong jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara. 

Bekas pemain Selangor FC itu bakal bekerjasama dengan ketua jurulatih baru Harimau Muda dari Sepanyol, Juan Torres Garrido.

Beliau diberi kepercayaan untuk membuat persiapan terbaik bagi skuad muda ini bagi menghadapi Piala Asia B-23 Tahun 2024 di Qatar, April depan.

Advertisements

Namun, ketika ini masih tiada pengumuman rasmi oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyatakan bahawa Shukor Adan sah memegang jawatan pembantu jurulatih tersebut.

Pengalaman serta kredibiliti yang ditampilkan oleh beliau sangat ditagih oleh skuad muda negara.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada KL City mengenai jawatan kekosongan yang ditinggalkan oleh Shukor Adan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram