“Siapa Penjaga Gol Malaysia Ni? Mental Harimau Malaya Luar Biasa”
MakanBola
Azri/MakanBola

Sebilangan penyokong Indonesia menzahirkan rasa kagum terhadap persembahan yang dipamerkan oleh Malaysia ketika menewaskan Kyrgyzstan di laman sendiri tempoh hari.

Aksi yang berlangsung di Bukit Jalil itu meraih perhatian seluruh rantau Asia Tenggara tatkala beberapa negara lain mengharungi detik yang agak mencabar.

Sebilangan warga Indonesia terutamanya pempengaruh yang memuat naik video reaksi ketika menonton ulang tayang aksi Malaysia itu menzahirkan rasa kagum terhadap kekuatan mental pemain negara.

“Mental pemain Malaysia itu sangat hebat. Walaupun sudah ketinggalan dengan jaringan 3-1, dan hanya memiliki baki 20 minit tetapi masih mampu menjaringkan tiga gol.”

“Mungkin faktor beraksi di Bukit Jalil itu memainkan peranan kepada Malaysia. Akan tetapi, berdepan Kyrgyzstan itu bukan mudah kerana mereka pasukan yang amat bagus.”

Video penuh: Malaysia vs Kyrgyzstan

Pempengaruh ini juga memuji aksi tangkas penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi sungguhpun tidak mengetahuinya secara dekat.

“Siapa penjaga gol Malaysia ini? Beliau memiliki kualiti dan cekap menjaga gawang,” ujar Adam Prp pada video Youtubemya.

Harimau Malaya merekodkan dua kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei untuk melonjak 7 tangga dalam ranking FIFA terkini (130 dunia) dengan 1122.9 mata.