Siaran Langsung AFC Asian Cup: China vs Tajikistan (Live Streaming)
Live
Tajikistan Football Federation
Advertisements

Perlawanan kedua bagi saingan Kumpulan A di kejohanan Piala Asia 2023 hari ini bakal melibatkan pertemuan antara pasukan China dan Tajikistan.

China dibawah kendalian jurulatih, Aleksander Jankovic sudah tentu akan menurunkan barisan terkuat demi mencari kemenangan pertama.

Pengendali Tajikistan, Petr Segrt pastinya mempunyai taktikal dan magis tersendiri untuk cuba menundukkan pasukan China yang kini berada di ranking ke-79 dunia.

Advertisements

Tajikistan dilihat sebagai pasukan yang sedang berada pada momentum terbaik apabila mencatat keputusan positif daripada tiga aksi terakhir. Anak buah kendalian Petr Segrt seri kepada Jordan 1-1 dan menang besar atasi Pakistan, 6-1. Dalam aksi pemanas badan baru-baru ini, Tajikistan mencatat kemenangan menewaskan Hong Kong, 2-1.

Pasukan China pula tewas dalam dua aksi terakhir ketika kempen Kelayakan Piala Dunia, tewas 0-3 di tangan Korea Selatan dan sekali lagi tewas kepada Hong Kong dalam aksi persahabatan dengan keputusan 1-2.

Aksi China dan Tajikistan ini dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 malam di Stadium Abdullah bin Khalifa.

Advertisements

Rekod Pertemuan China vs Tajikistan

Untuk rekod, China dan Tajikistan sebelum ini pernah bertemu sebanyak dua kali iaitu ketika aksi persahabatan pada 2019 dan pada tahun 2011.

Kedua-dua aksi tersebut memihak kepada China apabila China mencatat kemenangan mengatasi Tajikistan.

Advertisements

Kesebelasan Utama China vs Tajikistan

*Akan dikemas kini satu jam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung China vs Tajikistan

Advertisements

Tarikh: 13 Januari 2024 (Sabtu)
Masa: 10.30 malam
Venue: Stadium Abdullah Khalifa
Siaran Langsung: Youtube AFC Asian Cup & Astro Arena

Keputusan akhir perlawanan akan disiarkan di Makanbola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram