Siaran Langsung AFC Asian Cup; Jordan vs Korea Selatan (Live Streaming)
Live
KoreaFootballTeam / ZR Edit
Advertisements

Perlawanan kedua saingan peringkat Kumpulan E kempen Piala Asia 2023 hari ini bakal melibatkan pertemuan antara pasukan Jordan dan Korea Selatan.

Kedua-dua pasukan pastinya akan turun dengan misi untuk mengekalkan rekod tanpa kalah selepas Jordan dan Korea Selatan masing-masing berjaya mencatat kemenangan dalam aksi pertama tempoh hari.

Jordan mengganas menewaskan Malaysia dengan keputusan 4-0 sementara Korea Selatan pula meraih kemenangan bergaya, 3-1 mengatasi Bahrain.

Advertisements

Aksi hari ini penting buat pasukan Jordan dan Korea Selatan untuk mengesahkan slot mara ke Pusingan 16 Piala Asia 2023.

Rekod Pertemuan Jordan vs Korea Selatan

Korea Selatan tidak tewas dalam lima siri perlawanan terakhir menentang pasukan Jordan apabila Korea Selatan berjaya meraih tiga kemenangan dan dua keputusan seri dicatat.

Advertisements

Selain memburu slot ke peringkat kalah mati, Korea Selatan dilihat menyimpan hasrat untuk terus konsisten mengekalkan rekod bersih ketika bertemu Jordan.

Kesebelasan Utama Jordan vs Korea Selatan

Info Siaran Langsung Jordan vs Korea Selatan

Advertisements

Tarikh: 21 Januari 2024 (Sabtu)
Masa: 7:30 Malam
Venue: Stadium Al-Thumama, Qatar.
Siaran Langsung: Youtube AFC Asian Cup & Astro Arena 

Keputusan penuh perlawanan akan disiarkan di MakanBola.com

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram