Siaran Langsung AFC Asian Cup: Palestine vs UAE (Live Streaming)
Live
Football Palestine
Advertisements

AFC Asian Cup: Aksi kedua Kumpulan C Piala Asia 2023 awal pagi esok bakal menemukan dua pasukan Asia Barat, Palestine dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Palestine melihat perlawanan ini sebagai perlawanan wajib menang selepas tewas dalam aksi pertama kumpulan.

Ini kerana hanya kemenangan yang dapat menghidupkan peluang Singa Kanaan untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Asia 2023.

Advertisements

Sementara UAE melihat kemenangan dapat mencerahkan peluang mereka layak ke pusingan 16 pasukan terbaik kejohanan.

Meskipun sedar dengan cabaran The Whites, kapten Palestine, Musab al-Battat percaya pasukannya mampu bersaing dengan pasukan ke-63 dunia itu.

“Kita sekarang fokus kepada UAE, satu lagi pasukan yang kita hormati. Tetapi dalam bola sepak, pasukan-pasukan berada pada tahap berbeza dan UAE lebih hampir pada tahap kita berbanding Iran,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan semalam.

Advertisements

Rekod Pertemuan Palestine vs UAE

Perlawanan ini bakal menjadi perlawanan ketujuh buat kedua-dua pasukan di pentas antarabangsa. Ini kali pertama Singa Kanaan dan The Whites bertemu di pentas Piala Asia.

Dalam enam pertemuan sebelum ini, Palestine menang sekali dan UAE menang sebanyak dua kali. Baki tiga lagi pertemuan berakhir dengan keputusan seri.

Kesebelasan Utama Palestine vs UAE

Info Siaran Langsung Palestine vs UAE

Tarikh: 19 Januari 2024 (Jumaat)
Masa: 1.30 pagi
Venue: Stadium Al Janoub
Siaran Langsung: YouTube AFC Asian Cup & Astro Arena

Advertisements

Keputusan penuh perlawanan akan disiarkan di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram