Siaran Langsung AFC Asian Cup: Tajikistan Vs Qatar (Live Streaming)
Live
qfa
Advertisements

Perlawanan kedua Piala Asia 2023 antara pasukan Tajikistan dan Qatar sekali lagi menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air untuk melihat detik bersejarah ini.

Pasukan kendalian Marquez Lopez menumpukan perhatian untuk mengekalkan gelaran kejuaraan Piala Asia AFC mereka menjelang aksi kedua Kumpulan A menentang Tajikistan di Stadium Al Bayt pada malam ini.

Kemenangan 3-0 pada Jumaat lalu menentang Lubnan merekodkan kemenangan Piala Asia AFC Qatar yang ke lapan perlawanan sejak merangkul gelaran juara pada tahun 2019 dan jika aksi antara China dan Lubnan berakhir dengan keputusan seri pada hari ini, Qatar sekaligus akan menjadi juara Kumpulan A.

Advertisements

“Kami akan memasuki perlawanan ini dengan tujuan mencapai kemenangan dan dari hari pertama, saya telah mengatakan bahawa kami perlu mengambil setiap perlawanan satu per satu, kami ingin memimpin dan ingin melangkah ke pusingan kedua, objektif itu tidak berubah,” ujar Lopez.

Tajikistan dilihat sebagai pasukan yang sedang berada pada tahap terbaik apabila berjaya mencatat keputusan positif daripada tiga perlawanan terakhir antaranya seri kepada Jordan 1-1 dan menang besar kepada Pakistan, 6-1. Manakala dalam aksi persahabatan tempoh hari Tajikistan mencatat kemenangan menewaskan Hong Kong, 2-1.

Rekod Pertemuan Tajikistan vs Qatar

Advertisements

Untuk rekod, Tajikistan dan Qatar sebelum ini pernah bertemu sebanyak dua kali iaitu ketika perlawanan persahabatan pada 2008 dan pada tahun 2012.

Pada tahun 2008 aksi tersebut memihak kepada Qatar, manakala pada tahun 2012 pula kemenangan memihak kepada Tajikistan.

Kesebelasan Utama Tajikistan vs Qatar

Advertisements

*Akan dikemas kini satu jam sebelum perlawanan bermula.

Info Siaran Langsung Tajikistan vs Qatar

Tarikh: 17 Januari 2024 (Rabu)
Masa: 10.30 malam
Venue: Stadium Al Bayt, Qatar.
Siaran Langsung: Youtube AFC Asian Cup & Astro Arena

Advertisements

Keputusan penuh perlawanan akan disiarkan di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram