Live
FA Hong Kong
Advertisements

Aksi pertama kumpulan C AFC Asian Cup menyaksikan pertemuan di antara UAE dan juga Hong Kong di Stadium Antarabangsa Khalifa.

UAE yang dibimbing Paulo Bento hadir ke Qatar dalam keadaan prestasi yang kurang konsisten selepas hanya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kyrgyzstan selain tumpas 0-1 kepada Oman dalam dua aksi persahabatan yang lalu.

Meskipun Hong Kong tampil di pentas Piala Asia ini sebagai pasukan bukan pilihan, namun sudah tentu skuad The Dragons ini mahu mencipta kejutan ketika berdepan gergasi-gergasi Asia seperti UAE, Palestin dan juga Iran di kumpulan C.

Advertisements

Tambahan pula, baru-baru ini, skuad kendalian Jorn Andersen ini berjaya menundukkan China 2-1 dalam aksi pemanas badan sebelum ke Qatar.

Di atas kertas, UAE dijangka bakal pulang sebagai pemenang namun Hong Kong tidak akan sesekali memberikan tiga mata tersebut dengan mudah.

Rekod Pertemuan UAE vs Hong Kong

Advertisements

Dari segi rekod pertemuan jelas memihak UAE dengan kedua-dua pertemuan menyaksikan tuan rumah edisi 2019 ini berjaya menumpaskan Hong Kong 4-0.

Walau bagaimanapun, Hong Kong pastinya tidak mahu sejarah lalu berulang kembali dan menjanjikan saingan sengit dalam pertemuan ketiga buat kedua-dua pasukan.

Head To Head UAE Hong Kong Siaran Langsung AFC Asian Cup: UAE vs Hong Kong (Live Streaming)

Kesebelasan Utama UAE vs Hong Kong

Advertisements

Senarai kesebelasan utama kedua-dua pasukan.

Info Siaran Langsung UAE vs Hong Kong

Tarikh: 14 Januari 2024, Ahad.
Masa: 10.30 Malam.
Venue: Stadium Antarabangsa Khalifa.
Siaran Langsung: Youtube AFC Asian Cup dan Astro Arena.

Advertisements

Keputusan penuh perlawanan akan disiarkan di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram