Advertising
Siaran Langsung AFC U-23 Asian Cup: Kuwait vs Malaysia (Live Streaming)
MakanBola
MakanBola

Aksi terakhir peringkat Kumpulan D berlangsung penuh debaran melibatkan pertembungan Kuwait dan Malaysia.

Ketua jurulatih Kuwait, Emilio Peixe dijangka akan merombak barisannya apabila terdesak untuk bukan sahaja memastikan pemainnya cergas tetapi juga mendedahkan mereka yang mempunyai masa yang agak terhad.

“Pertamanya kami perlu memulihkan pemain, kerana ia bukan perkara biasa untuk mereka bermain dalam perlawanan yang sengit,” kata bekas pemain antarabangsa Portugal itu kepada AFC.

Ad

“Itu adalah keutamaan kami, kemudian kami akan melihat siapa yang boleh bermain dalam perlawanan seterusnya, dan cuba memberikan suntikan kepada pasukan.”

Ad

Bagi Malaysia, kekalahan berturut-turut 2-0 kepada Uzbekistan dan Vietnam bermakna tidak dapat mengulangi rekod pada 2018 untuk mara ke peringkat kalah mati.

Walaupun sedih kerana terlepas peringkat kalah mati untuk edisi kedua berturut-turut, Ketua Jurulatih Malaysia B-23, Juan Torres Garrido mahu pemainnya fokus untuk meraih kemenangan.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)

Ad

Kesebelasan Utama Kuwait vs Malaysia

Info Siaran Langsung Kuwait vs Malaysia

Tarikh: 23 April 2024 (Selasa)
Masa: 11 Malam
Venue: Stadium Al-Janoub, Qatar.
Siaran Langsung:  Astro ArenaYouTube (Akses VPN / US)

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.