Perlawanan pertama Piala AFF B-19 melibatkan pertembungan antara Malaysia dan Brunei.
Skuad kendalian Juan Torres Garrido dalam misi untuk meraih 3 mata penting selain mempertahankan kejuaraan di Indonesia.
Beliau bagaimanapun optimis untuk memastikan anak buahnya memperagakan aksi terbaik pada aksi pembukaan menentang Brunei.
“Belum ada lagi (bayangan kesebelasan utama), semua pemain kini dalam keadaan terbaik dan pasukan ini sangat seimbang,” katanya setelah aksi persahabatan menentang Kemboja pada Sabtu lalu.
Untuk rekod, Malaysia muncul juara di Indonesia dua tahun lalu selepas menewaskan Laos 2-0 sementara Vietnam muncul tempat ke-3 hasil keputusan baik menentang Thailand.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Brunei
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Brunei
Tarikh: 19 Julai 2024 (Jumaat)
Masa: 4 Petang (MY)
Venue: Stadium Gelora 10 November, Surabaya.
Siaran Langsung: Vidio
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.