Ads
Siaran Langsung Badminton Olimpik: Aaron Chia-Wooi Yik vs Adam Dong-Nyl Yakura (Live Streaming)
Live
BA Malaysia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal turun dalam aksi seterusnya beregu lelaki Kumpulan A Sukan Olimpik 2024.

Advertisements

Aaron-Wooi Yik mahu meneruskan momentum kemenangan selepas mengatasi cabaran wakil Great Britain, Ben Lane dan Sean Vendy.

Advertisements

Gandingan Lane-Vendy yang menduduki ranking ke-18 dunia memaksa bekas juara dunia 2022 itu bekerja keras di gelanggang sebelum menang dengan keputusan 19-21, 21-16, 21-11.

Advertisements
Advertisements

Momentum kemenangan ini dijangka dimanfaatkan Aaron-Wooi Yik bila turun menentang beregu lelaki Kanada, Adam Dong dan Nyl Yakura.

Dari segi rekod pertemuan, ini kali pertama kedua-dua beregu lelaki ini bertemu di atas gelanggang. Aaron-Wooi Yik perlu menang untuk mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

Advertisements

Status mereka sebagai beregu keempat dunia menjadikan Aaron-Wooi Yik sebagai pilihan utama dalam perlawanan ini.

Barisan Atlet Badminton Malaysia Di Sukan Olimpik (28 Julai)

Aaron-Wooi Yik bukan satu-satunya wakil negara yang beraksi di peringkat kumpulan. Perjuangan kem badminton negara turut digalas jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, regu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan gandingan campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Zii Jia bakal turun menentang wakil Sri Lanka, Viren Nettasinghe. Sementara Pearly-Thinaah pula perlu melepasi tentangan regu wanita keenam dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.

Manakala Tang Jie-Ee Wei pula berdepan cabaran beregu campuran ke-30 dunia dari Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai.

Info Siaran Langsung Aaron Chia-Wooi Yik vs Adam Dong-Nyl Yakura

Tarikh: 28 Julai 2024 (Ahad).
Masa: 3.20 petang waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Advertisements

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram