Aksi tumpuan rakyat Malaysia di Sukan Olimpik pada Ahad menyaksikan perlawanan penentuan pingat gangsa Aaron Chia-Wooi Yik vs Kim Astrup-Anders Rasmussen pada Ahad.
Aaron-Wooi Yik memulakan kempen di Paris dengan langkah kanan apabila mencatatkan 2 kemenangan dalam 2 aksi pertama ke atas pasangan Great Britain dan Kanada.
Aksi terakhir kumpulan menyaksikan beregu negara ini tumpas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China sekaligus melayakkan diri ke suku akhir selaku naih juara kumpulan.
Di suku akhir, Aaron-Wooi Yik tampil cemerlang untuk menyingkirkan bekas beregu nombor satu dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty untuk mara ke separuh akhir.
Pasangan negara ini dijadualkan bertemu Wei Keng-Wang Chang sekali lagi di separuh akhir dan kehandalan beregu China ini memusnahkan harapan Aaron-Wooi Yik untuk layak ke final.
Rekod Pertemuan Aaron Chia-Wooi Yik vs Kim Astrup-Anders Rasmussen
Dari segi rekod pertemuan, Aaron-Wooi Yik dilihat memiliki kelebihan setelah merakamkan tujuh kemenangan dalam 11 pertemuan terdahulu sejak kali pertama pada 2018.
Kali terakhir kedua-dua pasangan bertemu adalah pada Singapore Open 2024 yang mana pasangan negara tewas dalam aksi dua set dengan keputusan 10-21, 14-21.
Info Siaran Langsung Aaron Chia-Wooi Yik vs Kim Astrup-Anders Rasmussen
Tarikh: 4 Ogos 2024 (Ahad).
Masa: 9.00 malam waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.