Ads
Aaron Chia-Wooi Yik Miliki Kelebihan Besar Lawan Kim Astrup-Anders Rasmussen
UltraSukan
Olympic Malaysia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dijangka memiliki kelebihan bila berdepan wakil Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen.

Advertisements

Kedua-dua beregu terpaksa menelan kepahitan apabila tewas kepada lawan masing-masing di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik 2024.

Advertisements

Aaron-Wooi Yik memberi tekanan kepada regu nombor satu dunia, Liang Wei Keng dan Wang Chang sebelum tunduk dengan keputusan 21-19 15-21 21-17.

Advertisements
Advertisements

Nasib serupa turut dialami Astrup-Rasmussen apabila turun menentang wakil Chinese Taipei, Lee Yang dan Wang Chi-lin. Regu nombor dua dunia itu tewas dengan keputusan 18-21, 21-17, 21-10.

Kini, Aaron-Wooi Yik bakal berentap dengan Astrup-Rasmussen untuk penentuan pingat gangsa. Dan berdasarkan rekod pertemuan semasa, kelebihan tampak memihak bekas juara dunia 2022 itu.

Advertisements

Ini kerana sejak kedua-dua regu berentap buat kali pertama pada 2018, Aaron-Wooi Yik memiliki rekod lima kemenangan daripada lapan pertemuan sebelum ini. Ini termasuk kemenangan yang dilakar ke atas Astrup-Rasmussen dalam saingan Thomas Cup 2024.

Pertemuan ini juga dilihat insentif buat Aaron-Wooi Yik untuk membalas dendam kekalahan mereka di tangan juara Malaysia Masters 2024 itu. Ini kerana Astrup-Rasmussen menewaskan juara dunia 2022 itu dalam aksi suku akhir Singapore Open 2024 pada Mei lalu.

Advertisements

Aaron-Wooi Yik berharap dapat meraih pingat gangsa buat kali kedua selepas melakukannya pada edisi 2020 di Tokyo, Jepun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram