Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia membuka temasya Olimpik dengan menentang wakil Sri Lanka, Viren Nettasinghe pada Ahad.
Lee Zii Jia yang diundi di kumpulan G akan turun berdepan Viren Nettasinghe dari Sri Lanka untuk perlawanan pertama di Paris sebelum menentang pemain Sepanyol, Pablo Abian keesokan harinya.
Momentum sebagai juara Australian Open dan Thailand Open bulan lalu pastinya menjadi kelebihan buat Zii Jia untuk berdepan lawan yang berada di ranking ke-70 ini nanti.
Dari segi rekod pertemuan pula, ini merupakan perlawanan pertama melibatkan Zii Jia dan Nettasinghe dalam mana-mana kejohanan sebelum ini.
Selaku pemain di ranking ke-7 dunia, Zii Jia dilihat sebagai pemain pilihan untuk muncul pemenang bagi aksi kali ini sekaligus membuka jalan yang luas buat anak jati Kedah ini mara ke pusingan kalah mati.
Barisan Atlet Badminton Malaysia Di Sukan Olimpik (28 Julai)
Selain Zii Jia, tiga lagi wakil badminton negara bakal turun pada Ahad membabitkan pertemuan di antara Pearly Tan-M. Thinaah yang akan berdepan cabaran beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.
Aaron-Wooi Yik pula dijadualkan menentang wakil Kanada, Dong Adam-Nyl Yakura sementara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal berentap bersama beregu Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai.
Info Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Viren Nettasinghe
Tarikh: 28 Julai 2024 (Ahad).
Masa: 4.10 petang waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.