Advertisement
Siaran Langsung Berbasikal Trek Olimpik: Azizulhasni Awang (Live Streaming)
Live
MakanBola
Team Malaysia

Tumpuan rakyat Malaysia pada Sabtu kini terarah kepada sukan berbasikal trek apabila Datuk Azizulhasni Awang akan turun dalam acara kegemarannya, keirin.

Setelah tersingkir di pusingan 1/8 bagi saingan pecut, Azizulhasni kini mengalihkan fokus ke acara keirin bersama Shah Firdaus dengan misi untuk membawa pulang pingat emas buat negara.

Menurut beliau, segalanya telah sempurna ketika bersaing dalam acara pecut lalu, namun kekurangan dari aspek kelajuan dimanfaatkan Jeffrey Hoogland menyebabkan Azizulhasni tewas.

”Pada perlumbaan (berdepan Hoogland), secara taktikal semuanya sudah sempurna, cuma saya tidak mempunyai kelajuan yang cukup,” ujar Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man.

Bagi pusingan awal acara keirin ini, Azizulhasni berada di heat 1 bersama dua finalis edisi lalu, Matthew Glaetzer dan Jair Tjon En Fa selain Ota Kaiya, Rayan Helal serta Jeffrey Hoogland.

Untuk rekod, pada edisi di Tokyo lalu, Azizulhasni berjaya meraih pingat perak dalam acara keirin sementara pingat emas menjadi milik Jason Kenny dari Great Britain dan gangsa dibawa pulang oleh pelumba Belanda.

Jadual Acara Keirin Berbasikal Trek

Pusingan kelayakan bagi acara keirin dijadualkan pada jam 11.19 malam sebelum pusingan Repechage dimulakan pada jam 1.21 awal pagi Ahad bagi pelumba yang tidak berjaya mara lebih awal.

Pelumba yang mara akan ke peringkat suku akhir pada jam 5.29 petang Ahad dan perlumbaan separuh akhir akan berlangsung sejam kemudian.

Enam peserta yang berjaya layak ke perlumbaan akhir akan berentap pada jam 7.23 malam hari yang sama bagi menentukan kedudukan akhir dan penentuan pingat.

Info Siaran Langsung Berbasikal Trek Olimpik: Azizulhasni Awang

Tarikh: 10 Ogos 2024 (Sabtu).
Masa: 11.19 malam waktu tempatan.
Venue: National Velodrome, Paris.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.