Aksi tumpuan di China Open bakal menyaksikan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei bertemu wakil Indonesia, Shohibul Fikri-Daniel Marthin bagi memburu tiket ke final.
Setelah berjaya menewaskan rakan senegara di suku akhir, Izzuddin-Sze Fei meneruskan perjalanan di kejohanan Super 1000 ini dengan hanya selangkah lagi untuk mara ke final.
Halangan Izzuddin-Sze Fei untuk melangkah ke final nanti adalah pasangan Indonesia, Shohibul Fikri-Daniel Marthin yang mara setelah mengecewakan Rasmus Kjaer-Frederik Sogard.
Berdasarkan ranking, Izzuddin-Sze Fei sememangnya miliki kelebihan apabila berada di ranking ke-12 manakala lawan mereka yang baru digandingkan ini menduduki tangga ke-88 dunia.
Selain Izzuddin-Sze Fei, dua lagi wakil negara iaitu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang akan beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir dan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Rekod Pertemuan Izzuddin-Sze Fei vs Shohibul Fikri-Daniel Marthin
Untuk rekod, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan kedua-dua pasangan setelah kali pertama mereka bertemu di pusingan 16 terbaik Hong Kong Open 2024 yang lalu.
Dalam aksi tersebut, Shohibul Fikri-Daniel Marthin muncul pemenang dengan keputusan 16-21, 21-19, 21-13 dan mara ke suku akhir kejohanan Super 500 itu.
Info Siaran Langsung Izzuddin-Sze Fei vs Shohibul Fikri-Daniel Marthin
Tarikh: 21 September 2024 (Sabtu).
Masa: 10.00 pagi dan 1.00 petang
Venue: Olympic Sports Center Gymnasium, Changzou, China.
Siaran Langsung: Astro Supersport.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.