Pentas final kejohanan Pesta Bola Merdeka 2023 bakal melibatkan pertemuan antara pasukan Malaysia dan Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Aksi tumpuan yang membabitkan pasukan ke-133 dunia iaitu Malaysia dan Tajikistan yang berada di ranking ke-110 FIFA bakal berlangsung tepat jam 9 malam.
Skuad kendalian Kim Pan-gon ketika ini sedang berada dalam prestasi terbaik selepas berjaya menewaskan India, 4-2 ketika aksi separuh akhir Pestabola Merdeka, Jumaat lalu.
Malaysia berpeluang menambah sebanyak 5.78 mata FIFA jika berjaya menewaskan Tajikistan dalam aksi final Pesta Bola Merdeka malam ini.
Jika menang, Malaysia bakal mengumpul 1,106 mata dan naik satu anak tangga untuk berada di ranking ke 132 dunia.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Tajikistan
Info Siaran Langsung Malaysia vs Tajikistan
Tarikh: 17 Oktober 2023
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung: Astro Arena 803, Astro Go & Sooka TV
Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus aksi tamat di MakanBola.com.