Perlawanan akhir Piala FA menyaksikan pertembungan antara juara bertahan, JDT dan KL City yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Aksi yang cukup mendebarkan ini bakal mempertemukan dua pasukan yang cukup mengujakan selepas kali terakhir mereka bertemu di pentas akhir Piala Malaysia pada tahun 2021.
Anak buah Tano Solari dalam momentum terbaik selepas membenam cabaran Selangor pada peringkat separuh akhir dengan keputusan 4-0.
The City Boys pula tampil dengan semangat juang yang cukup tinggi untuk menundukkan Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti tempoh hari.
Kesebelasan Utama JDT vs KL City
Info Siaran Langsung JDT vs KL City
Tarikh: 22 Julai 2023 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Siaran Langsung: Sooka TV & Sukan RTM
Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.