Pasukan kebangsaan Indonesia berdepan laluan mencabar apabila bakal berdepan Iraq bagi aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2026.
Skuad kendalian Shin Tae-yong dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Vietnam dalam dua pertemuan terakhir.
Iraq pula kini mendahului carta Kumpulan F dengan 12 mata selepas mengekalkan rekod bersih 4 kemenangan.
Menurut Tae-yong, beliau berharap anak buahnya percaya dengan diri sendiri walaupun sedar kekuatan Iraq adalah melebihi apa yang Indonesia miliki ketika ini.
“Iraq merupakan pasukan yang bagus. Lebih bagus berbanding Indonesia. Tetapi sekarang sudah tiba waktunya untuk kita cuba meraih kemenangan.
Apa yang penting, para pemain percaya kepada diri sendiri jadi mungkin akan membuahkan hasil yang lebih baik,” jelas Shin Tae-yong pada sesi sidang media.
Rekod Pertemuan Indonesia vs Iraq
Indonesia memiliki peluang cerah untuk mencipta kejutan sungguhpun tidak pernah menewaskan Iraq dalam 8 pertemuan.
Sang Garuda tewas 5-1 dan 3-1 dalam dua pertemuan terakhir di Piala Asia dan juga Kelayakan Piala Dunia namun memiliki skuad yang lebih baik pada pertemuan kali ini.
Indonesia tewas 7 kali dalam 8 pertemuan menentang Iraq sejak tahun 1973.
Kesebelasan Utama Indonesia vs Iraq
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Indonesia vs Iraq
Tarikh: 6 Jun 2024 (Selasa)
Masa: 5 Petang
Venue: Stadium Gelora Bung Karno
Siaran Langsung: Vision+
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.