Dua pasukan Asia Barat, Palestin dan Jordan bakal berentap di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras untuk aksi kedua pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Kedua-dua pasukan berharap dapat meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan B. Ini selepas Al-Nashama dan Singa Kanaan mengutip satu mata dalam aksi pertama kumpulan.
Jordan diikat 1-1 dengan Kuwait di Amman pada awal pagi 6 September lalu. Manakala Palestin mengejutkan Korea Selatan dengan merekodkan keputusan seri tanpa jaringan di Seoul.
Penjaga gol Palestin, Rami Hamada menghormati status Al-Nashama selaku pasukan pilihan. Pada masa sama, beliau percaya pasukan itu akan memberi tentangan sengit kepada Jordan bila kedua-duanya bertemu nanti.
”Bermain menentang Jordan yang merupakan pasukan yang hebat dan bagi kami, mereka adalah pasukan ketiga terbaik di Asia.
”Kami amat menghormati mereka (Jordan), dan aksi sengit bakal disajikan di atas padang pada perlawanan esok serta kami akan berikan segala yang terbaik yang kami ada,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan pada 7 September lalu.
Sementara pemain tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh pula mahu membantu pasukan itu mengecapi tiga mata pertama dalam Kumpulan B. Meskipun begitu, beliau sedar Al-Nashama perlu bekerja keras kerana Singa Kanaan merupakan satu pasukan yang kuat.
“Ini perlawanan penting buat kami, Palestin adalah pasukan yang kuat. Jordan harus tebus kembali kekecewaan lalu dan berharap akan meraih tiga mata untuk aksi ini.
“Jordan sudah bersedia mental dan fizikal untuk perlawanan ini dan kami mahu kembali ke Jordan dengan keputusan yang positif untuk penyokong kami,” ujarnya.
Kesebelasan Utama Palestin vs Jordan
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Palestin vs Jordan
Tarikh: 10 September 2024 (Selasa)
Masa: 10 Malam
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Siaran Langsung: Astro Arena