Aksi final Korea Masters 2024 bakal menemukan beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dengan regu bidan terjun Korea Selatan, Jin Yong dan Kim Won-ho.
Kedua-dua beregu mengesahkan kemaraan ke final selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Aaron-Wooi Yik mengatasi cabaran regu Chinese Taipei, Chiu Hsiang Chieh dan Wang Chi Lin dengan keputusan 21-17, 21-16.
Manakala Jin Yong-Won-ho pula dipaksa bekerja keras oleh rakan senegara, Seo Seung-jae dan Ki Dong-ju. Beregu Korea Selatan itu berjuang selama 79 minit sebelum meraih kemenangan 21-11, 19-21, 19-21.
Final Korea Masters merupakan final kedua yang diraih Aaron-Wooi Yik untuk tahun 2024. Sebelum ini, mereka turut layak ke aksi final All England Open 2024.
Aaron-Wooi Yik berpeluang meraih gelaran kedua jelajah Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) dalam karier mereka. Sebelum ini, satu-satunya gelaran juara jelajah BWF mereka ialah Denmark Open 2023.
Rekod Pertemuan Aaron Chia-Wooi Yik vs Jin Yong-Kim Won-ho
Ini kali pertama kedua-dua beregu berentap di atas gelanggang. Ini juga peluang buat Aaron-Wooi Yik membalas dendam dengan Jin Yong.
Ini kerana mereka tewas kepada Jin Yong yang bergandingan dengan Na Sung-seung di peringkat suku akhir Malaysia Masters 2024. Aaron-Wooi Yik tewas dalam perlawanan tiga set dengan keputusan 21-11, 19-21, 19-21.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu memiliki rekod baik 4-2 dengan Kim Won-ho. Ini disebabkan Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan pemain berusia 25 tahun itu dengan tiga gandingan beregu berbeza.
Info Siaran Langsung Aaron Chia-Wooi Yik vs Jin Yong-Kim Won-ho
Tarikh: 10 November 2024 (Ahad)
Masa: 2.00 pm.
Venue: Gimnasium Iksan, Iksan City, Korea Selatan
Siaran Langsung: Astro Badminton
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.