Aksi separuh akhir Korea Open menyaksikan beregu utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah turun berdepan wakil tuan rumah, Baek Ha Na-Lee So Hee pada Sabtu.
Momentum cemerlang di Olimpik Paris sebelum ini dibawa oleh Pearly-Thinaah untuk mara ke separuh akhir Japan Open minggu lalu sebelum tunduk kepada pemain China.
Kini, di kejohanan Korea Open, Pearly-Thinaah bermula cukup positif dengan melepasi setiap halangan sekaligus mara berjaya menempah tempat di separuh akhir.
Baek Ha Na-Lee So Hee yang merupakan pilihan kedua kejohanan akan menjadi lawan pasangan negara dengan kelebihan sorakan padu dari para penyokong tuan rumah.
Satu lagi wakil negara di separuh akhir nanti adalah beregu campuran utama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang bakal membuat perhitungan bersama jaguh China, Cheng Xing-Zhang Chi.
Rekod pertemuan Pearly Tan-M. Thinaah vs Baek Ha Na-Lee So Hee
Dari segi rekod pertemuan, kelebihan lebih memihak wakil Korea Selatan ini dengan mencatat dua kemenangan dari tiga pertemuan ke atas Pearly-Thinaah sejak 2022.
Kali terakhir kedua-dua pasangan bertemu adalah pada temasya Sukan Asia Hangzhou yang menyaksikan Baek Ha Na-Lee So Hee atasi beregu negara 15-21, 21-11, 21-7.
Info Siaran Langsung Pearly Tan-M. Thinaah vs Baek Ha Na-Lee So Hee
Tarikh: 31 Ogos 2024 (Sabtu).
Masa: 10.00 pagi.
Venue: Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan.
Siaran Langsung: Astro Supersport.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.