Advertisement
Siaran Langsung Liga Super: JDT vs Terengganu (Live Streaming)
Live
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi Liga Super minggu ke-6 menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu.

Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum cemerlang apabila merekodkan 9 kemenangan bersih musim ini.

Anak buah Tomislav Steinbruckner turut merakamkan rekod baik selepas tidak tewas dalam mana-mana perlawanan yang diharungi musim ini.

“Kita semua boleh lihat pasukan kita akan mengharungi jadual perlawanan yang padat bermula dengan perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim seterusnya Negeri Sembilan FC dan juga separuh akhir kedua Piala FA menentang Selangor FC. Saya fokuskan perlawanan menentang pasukan JDT terlebih dahulu.

“Menentang pasukan besar seperti JDT, kita perlu bermain untuk mendapatkan kemenangan bagi sekurang-kurangnya kita berjaya mendapat 1 mata,” jelas Steinbruckner.

Kesebelasan Utama JDT vs Terengganu

Info Siaran Langsung JDT vs Terengganu

Tarikh: 26 Julai 2024 (Jumaat)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.