Aksi Liga Super 2024/2025 minggu keempat menyaksikan Terengganu bakal terbang ke Bumi Kenyalang untuk menentang Kuching City di Stadium Negeri, Sarawak.
Terengganu kini sedang momentum yang terbaik setelah mencatatkan dua kemenangan dan satu keputusan seri dalam saingan liga selain mara ke pusingan kalah mati Piala FA apabila menewaskan Perak minggu lalu.
Begitu juga dengan Kuching City yang turut melakarkan kemenangan epik ke atas KL City dalam saingan Piala FA pada Sabtu lalu hasil jaringan lewat Zahrul Nizwan untuk menempah tempat ke suku akhir.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Ogos 2023 dalam kempen Liga Super yang mana skuad Penyu cemerlang menewaskan Kuching City 2-0 di laman lawan hasil jaringan Shahrul Nizam dan Engku Shakir.
Kesebelasan Utama Kuching City vs Terengganu
Senarai kesebelasan utama akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Kuching City vs Terengganu
Tarikh: 22 Jun 2024 (Sabtu).
Masa: 8:15 Malam.
Venue: Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2.