Advertising
Siaran Langsung Liga Super: Penang vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)
Live
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Aksi Liga Super minggu ke-4 bakal melibatkan pertembungan Penang dan juga Kedah Darul Aman FC.

Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain melihat moral pasukan untuk memburu kemenangan dalam aksi derbi utara ini amat tinggi.

“Sebaik berjaya melangkah ke saingan suku akhir Piala FA dengan kemenangan 5-0 pada aksi lalu, fokus kami kini beralih untuk kembali bangkit memburu kemenangan di tempat lawan pada saingan Liga Super.

Ad

“Selepas menang ke atas Sri Pahang baru-baru ini, saya sifatkan semangat mereka sedang membara. Namun kami bersedia dan mahu bangkit dalam meneruskan aksi liga dengan kekuatan yang kami ada.

Ad

Jurulatih muda ini berharap agar anak buahnya dapat mempersembahkan aksi terbaik untuk meraih 3 mata berdepan The Phanters.

Apa yang penting adalah tahap fokus dan bersiap sedia dengan lebih baik dalam misi bangkit memburu kemenangan bagi menghadapi aksi yang saya jangkakan sengit dan cukup mencabar di tempat lawan kali ini,” katanya sebaik tamat latihan petang di Stadium Sultan Abdul Halim semalam.

Ad
Ad

Akmal Rizal yang kini mengemudi Penang FC pula melihat momentum cemerlang selepas menundukkan Sri Pahang dalam aksi Piala FA memihak kepada pasukannya.

Ad

”Selepas kami berjaya menang di Temerloh tempoh hari dan layak ke suku akhir, moral dan motivasi pasukan dalam keadaan terbaik. Para pemain juga memberitahu yang mereka bersedia untuk aksi ini,” kata Akmal Rizal dalam segmen Nadi Bola.

”Semua pemain yang cedera pada aksi tempoh hari sudah bersedia, Rodrigo Dias juga sudah kembali ke sesi latihan dan hari ini (Jumaat) adalah hari terakhir saya menilai tahap kecergasan beliau,” ujar beliau lagi.

Rekod Pertemuan Penang vs Kedah Darul Aman

Kedah merakamkan dua kemenangan dalam pertemuan terakhir bertemu Penang FC pada aksi Liga Super 2023.

Kesebelasan Utama Penang vs Kedah Darul Aman

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Penang vs Kedah Darul Aman

Tarikh: 22 Jun 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.