Ads
Penang Rancang Turun Menyerang Habis-Habisan Lawan Kedah
Liga Super
Penang FC

Derbi utara pada hujung minggu ini bakal menjanjikan aksi tang menarik apabila Penang melaungkan amaran untuk menyerang habis-habisan ketika turun menentang Kedah nanti.

Advertisements

Perkara ini diluahkan oleh ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang melihat tahap motivasi para pemainnya kini di tahap terbaik setelah cemerlang menewaskan Sri Pahang minggu lalu.

Advertisements

”Selepas kami berjaya menang di Temerloh tempoh hari dan layak ke suku akhir, moral dan motivasi pasukan dalam keadaan terbaik. Para pemain juga memberitahu yang mereka bersedia untuk aksi ini,” kata Akmal Rizal dalam segmen Nadi Bola.

Advertisements
Advertisements

Tambah Akmal, pasukan kendaliannya kini bebas daripada kecederaan setelah kembali dari Temerloh minggu lalu dan hanya tonggak import, Rodrigo Dias akan dinilai pada saat akhir.

”Semua pemain yang cedera pada aksi tempoh hari sudah bersedia, Rodrigo Dias juga sudah kembali ke sesi latihan dan hari ini (Jumaat) adalah hari terakhir saya menilai tahap kecergasan beliau,” ujar beliau lagi.

Advertisements

Akmal turut melihat beberapa pertukaran bakal dilakukan agar misi untuk turun menyerang habis-habisan ke kubu Kedah terlaksana selain meraih tiga mata pertama dalam kempen Liga Super.

“Ada beberapa pertukaran yang dilakukan untuk kita menambahbaik pasukan karna kita tahu kita akan bermain secara menyerang sebanyak mungkin disebabkan kita mahu mendapatkan kemenangan dan dalam masa yang sama kita kekalkan kekuatan yang ada di barisan pertahanan.”

Advertisements

Penang dan Kedah bakal turun berentap dalam misi memungut tiga mata pada Sabtu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang dengan sepak mula perlawanan dijadualkan bermula jam 8.15 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram