Perlawanan pembukaan Liga Super 2024/25 antara pasukan Terengganu dan Perak menghangatkan aksi musim ini.
Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner bakal turun tanpa beberapa tonggak utama.
Pemain sayap pasukan, Akhyar Rashid masih mengalami kecederaan selepas diserang individu misteri manakala Ivan Mamut mengalami kecederaan jangka panjang.
Perak pula berada dalam momentum terbaik selepas mengharungi beberapa aksi pra-musim.
The Bos Gaurus menunjukkan kualiti sebenar sambil Zaquan Adha menzahirkan rasa terkejut dengan kualiti pemain baharu pasukan walaupun bukan berstatus bintang.
Terengganu memegang rekod bersih apabila menumpaskan Perak dalam 4 pertemuan terakhir termasuklah ketika menewaskan lawan 3-0 musim lalu.
Kesebelasan Utama Terengganu vs Perak
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Terengganu vs Perak
Tarikh: 11 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.