Aksi minggu ke-12 saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) menemukan JDT dan Pahang Rangers pada Sabtu di Stadium Tertutup Sukpa.
Aksi tumpuan hujung minggu ini bakal membuatkan para peminat futsal tempatan teruja apabila pendahulu liga, JDT bakal bertandang ke gelanggang juara bertahan, Pahang Rangers.
JDT yang kini menerajui carta kedudukan MPFL dengan 30 mata, dibezakan lapan mata dengan Pahang Rangers yang menduduki tangga ketiga liga setelah memungut 22 mata daripada 11 perlawanan.
Meskipun turun selaku pendahulu liga, Harimau Selatan berdepan tugas sukar untuk memecahkan rekod buruk di Sukpa setelah merekodkan 2 kekalahan dalam dua aksi di laman keramat Pahang Rangers itu.
Rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan menyaksikan tiga kemenangan berjaya direkodkan oleh Pahang Rangers manakala baki dua lagi pertemuan dimenangi oleh JDT sejak musim lalu.
Pertemuan terakhir pada Mei lalu di Pasir Gudang berakhir dengan kemenangan tipis 4-3 memihak anak didik Juan Antonio Miguel Garcia
Kesebelasan Utama Pahang Rangers vs JDT
Pengendali Pahang Rangers, Gerard Casas akan menaruh harapan buat penggempur utama, Felipe De Souza yang kini sudah meledak 11 gol buat juara MPFL musim lalu itu.
Manakala, JDT kembali mendapatkan khidmat penjaga gol, Aiman Fiqry yang digantung satu perlawanan minggu lalu selain mengharapkan Awalludin, Abu Haniffa dan Ridzwan Bakri untuk merobek gawang lawan.
Info Siaran Langsung Pahang Rangers vs JDT
Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa: 8:30 Malam
Venue: Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan.
Siaran Langsung: Facebook Pahang Rangers.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com