Ads
MPFL: Komen Bintang JDT Selepas Kalahkan Sabah Dengan 9 Gol
UltraSukan
JDT Futsal

Tonggak utama JDT membuka mulut setelah mencatatkan kemenangan besar ke atas Sabah dalam aksi ke-11 Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL).

Advertisements

JDT turun ke Shah Alam sekali lagi untuk aksi berdepan Sabah setelah tewas di tangan Selangor 1-2 pada minggu lalu yang juga kekalahan pertama Harimau Selatan dalam saingan MPFL.

Advertisements

Pasukan bimbingan Juan Antonio Miguel Garcia tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Awalluddin Mat Nawi pada minit pertama sebelum Wan Raziq menyamakan kedudukan buat Sabah.

Advertisements
Advertisements

Lapan gol berturut-turut berjaya diledak hasil dua jaringan daripada Abu Haniffa, Ridzwan Bakri dan Saad Abdul Sani manakala 1 jaringan masing-masing daripada Caio Cesar dan Bruno Taffy memastikan tiga mata milik JDT.

Sebelum permainan ditamatkan, Hikmal Firdaus sempat memberikan Sabah gol kedua namun jaringan tersebut tidak cukup untuk menafikan kemenangan ke-10 buat JDT dalam saingan liga.

Advertisements

Pasca perlawanan, bintang JDT, Saad Abdul Sani dalam satu video yang dimuatnaik meluahkan kegembiraannya setelah berjaya membawa pulang tiga mata ke selatan tanah air.

”Assalamualaikum semua, hari ini kita dapat tiga mata di Kompleks Sukan Panasonic. Vamos!” ucap Saad Abdul Sani dalam satu hantaran di laman Instagram JDT Futsal.

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan JDT di persada liga dengan 30 mata, enam mata di hadapan pencabar, Selangor yang berada tangga kedua manakala Sabah kekal di tempat ke-5.

Advertisements

Aksi MPFL seterusnya bakal menyaksikan pertemuan epik di antara JDT dan juara bertahan, Pahang Rangers di Kuantan sementara pencabar terdekat, Selangor pula akan turun berdepan Shah Alam City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram