Siaran Langsung Piala FA: Kedah Darul Aman vs Bukit Tambun (Live Streaming)
Live
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Aksi pusingan 16 terbaik Piala FA melibatkan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman dan juga wakil Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun.

Skuad kendalian Nafuzi Zain mahu kembali kepada prestasi sebenar apabila tewas dua perlawanan daripada tiga aksi awal Liga Super.

Advertisements

Sang Kenari bagaimanapun memiliki kelebihan ke atas lawan yang beraksi dalam kancah yang lebih rendah sekaligus menyasarkan kemenangan ke atas lawan.

“Kita perlu menang kerana perlawanan kalah mati ini di tempat sendiri dan kita akan hadapi perlawanan ini dengan cukup serius kerana dalam aksi sebelum ini kita tewas dua kali di laman sendiri.

Advertisements

“Jika kita ambil mudah sudah pasti kita akan dihukum dengan kekalahan dan akhirnya gagal layak ke peringkat suku akhir.

“Kita perlu mengelak dari melakukan kesilapan mudah dan ambil peluang terbaik untuk menghasilkan gol disamping elak bolos. Kita tahu sebelum ini kita bermain dengan bagus tapi cuma kita yang tidak dapat jaringkan gol,” katanya.

Advertisements

Kesebelasan Utama Kedah Darul Aman vs Bukit Tambun

Info Siaran Langsung Kedah Darul Aman vs Bukit Tambun

Tarikh: 14 Jun 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Darul Aman, Kedah
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Advertisements

News Comments Account