Nafuzi Zain Kekal Tenang
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain kekal tenang meskipun pasukan itu tewas kepada Selangor FC baru-baru ini.

Selepas berjaya meraih kemenangan pertama ke atas PDRM, Sang Kenari berharap dapat meneruskan momentum kemenangan dengan menewaskan Merah Kuning.

Malangnya, usaha pasukan utara tanah air itu digagalkan oleh gol kemenangan Aliff Haiqal Lau pada minit ke-84 untuk Selangor.

Advertisements

Nafuzi mengakui lega melihat jentera serangan Kedah kerap menghasilkan peluang dalam kubu pertahanan tuan rumah sepanjang perlawanan.

Meskipun penyudah tumpul menggagalkan usaha Kedah meraih tiga mata, bekas jurulatih Terengganu FC itu melihat perkara tersebut boleh diperbaiki.

Advertisements

Ini kerana ini masih lagi di peringkat awal musim 2024/25. Nafuzi percaya sebarang kelemahan yang dikesan pada perlawanan itu akan ditambah baik apabila musim sudah berjalan.

“Secara keseluruhan, yang penting kita mencipta peluang, itu yang penting. Mencipta peluang itu yang buat saya risau.

Advertisements

“Dari segi penyudahlah, kita agak tumpul. Kita akan tambah baik sebab kita baru masuk perlawanan kedua.

“Jadi, kita ada masa untuk bahagian-bahagian mana yang kita patut tambah baik sebagai persediaan kita untuk perlawanan seterusnya,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan yang disiarkan di platform media sosial rasmi Kedah.

Advertisements

Kedah selepas ini bakal berdepan Perak FC untuk aksi liga seterusnya pada 24 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram