Advertising
Siaran Langsung Piala FA: Selangor vs Negeri Sembilan (Live Streaming)
MakanBola
Selangor FC

Aksi Piala FA pusingan ke-16 melibatkan pertembungan antara pasukan Selangor dan juga Negeri Sembilan FC.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium MBPJ itu menyaksikan The Red Giants terpaksa turun tanpa beberapa tonggak utama.

Ketua Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil tidak memandang rendah keupayaan lawan yang memiliki rekod baik dalam kejohanan ini.

Ad

“Kita hormati pasukan Negeri Sembilan yang mempunyai sejarah bagus dalam Piala FA namun Selangor juga mahu pergi lebih jauh dalam kejuaraan kali ini dengan mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan.

Ad

“Jadi untuk perlawanan berdepan Negeri Sembilan, kita akan tampil dengan mentaliti dan momentum yang sama seperti sebelum ini,” katanya.

Azzmi Aziz pula optimis Negeri Sembilan dapat mencipta kebangkitan susulan permulaan saingan liga yang kurang cemerlang.

Ad
Ad

“Selepas mengalami kekalahan dalam perlawanan pertama dengan Selangor, kita sudah membuat persiapan lebih rapi bagi menghadapi pertembungan Piala FA.

Ad

“Kami sedar cabaran itu nanti bukan mudah kerana jurang kualiti dengan Selangor yang memiliki pakej lebih baik, namun kami akan berusaha untuk meningkatkan kualiti persembahan dan memberikan tentangan yang baik.

“Segala kelemahan yang ada dalam pasukan sebelum ini juga sudah cuba diperbaiki dan pemain juga sedar akan tugas serta tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan jika mahu melepasi halangan saingan kalah mati ini,” kata Azzmi.

Rekod Pertemuan Selangor vs Negeri Sembilan

Selangor berjaya mengatasi Negeri Sembilan dalam tiga pertemuan terakhir dengan keputusan 3-1, 4-0 dan juga terbaru bagi saingan Liga Super 2024/25 dengan jaringan 4-0.

Kesebelasan Utama Selangor vs Negeri Sembilan

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Selangor vs Negeri Sembilan

Tarikh: 15 Jun 2024 (Sabtu)
Masa: 5:30 Petang
Venue: Stadium MBPJ
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.