Selangor Terpaksa Lupakan Reziq Bani Hani
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Selangor terpaksa melupakan khidmat penyerang muda Jordan, Reziq Bani Hani untuk beberapa perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Sebelum ini, ramai penyokong Merah Kuning meluahkan kebimbangan tentang keadaan Reziq selepas aksi final RCTI Premium Sports menentang Persija Jakarta.

Perlawanan tersebut menyaksikan bekas penyerang Al-Faisaly itu tidak dapat meneruskan perlawanan kerana diterjah keras seorang pemain Persija.

Advertisements

Keadaan ini menyebabkan pengendali Selangor, Nidzam Jamil memasukkan Mukhairi Ajmal menggantikan Reziq untuk baki tempoh perlawanan.

Selangor kemudiannya bergelar juara RCTI Premium Sports dengan meraih kemenangan 1-0 menerusi jaringan awal Alvin Fortes.

Advertisements

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan penyerang berusia 22 tahun itu perlu berehat selama enam minggu kerana mengalami kecederaan buku lali.

“Penyerang Selangor Reziq Bani Hani berehat selama 6 minggu disebabkan oleh kecederaan buku lali,” katanya di X.

Advertisements

Ketiadaan Reziq menjejaskan perancangan Selangor bila berdepan Negeri Sembilan FC untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA. Perlawanan itu bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram