ACL

ACLE: Penyerang Jeonbuk Hyundai ‘Tabik’ JDT

Bruno Mota Jeonbuk Hyundai ACLE: Penyerang Jeonbuk Hyundai 'Tabik' JDT
Jeonbuk Hyundai Motors FC
Advertisements

Penyerang Jeonbuk Hyundai, Bruno Mota mengakui Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki kekuatan tersendiri menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Piala Dunia Jeonju pada 3 November.

Menjelang pertemuan tersebut, satu sidang media rasmi telah berlangsung di Stadium Piala Dunia Jeonju pada 2 November dengan ketua jurulatih Chung Jung-yong dan Motta hadir mewakili Jeonbuk. Dalam sidang media itu, Motta mengakui sudah membuat persiapan rapi selain memberikan penghormatan terhadap kekuatan JDT.

“Saya sudah membuat persiapan dengan baik semalam dan hari ini. Sudah tentu kami menghormati pihak lawan. Kami membuat persiapan untuk perlawanan ini dengan penuh kesungguhan. Secara peribadi, saya masih belum menunjukkan prestasi yang baik dalam saingan liga. Jika jurulatih memberikan peluang, saya akan membalas kepercayaan itu dengan persembahan yang baik esok.

“Saya tahu Johor berada pada tahap yang sangat tinggi. Saya berkawan dengan Yago Cesar yang kini beraksi bersama Johor. Malangnya, Yago tidak dapat bermain dalam perlawanan ini. Saya sentiasa berhubung dengannya dan mengikuti perkembangan Liga Malaysia. Tahap persaingan di sana sangat tinggi. Kami juga perlu membuat persiapan dengan cukup rapi,” jelas Mota seperti dipetik Chosun Biz.

Dalam masa yang sama, Mota turut mendedahkan bahawa dia membuat carian mengenai JDT menerusi media sosial sebelum menghubungi Yazuku bagi mendapatkan sedikit maklumat.

JDT hadir ke bumi Korea dengan reputasi cukup baik apabila masih belum tewas selepas mengharungi tiga perlawanan Kumpulan A ACLE. Kelab gergasi Malaysia itu kini menghuni tangga keempat dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu keputusan seri, termasuk kejayaan menewaskan Pohang Steelers 2-0.

Sebaliknya, Jeonbuk berdepan cabaran tersendiri apabila hanya mengumpul empat mata menerusi satu kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan. Keputusan itu menyaksikan mereka kini berada di tangga ke-10 dan pastinya mengharapkan kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam carta kumpulan.