Aksi Kelayakan Olimpik Paris 2024 antara wakil Asia Tenggara, Indonesia dan juga Guinea mencuri tumpuan.
Perlawanan yang berlangsung di CNF Clairefontaine Stadium, Perancis ini merupakan peluang yang cukup berharga buat Sang Garuda.
Anak didik Shin Tae-yong mengharungi kempen yang cukup menakjubkan apabila berjaya mara ke pentas separuh akhir Piala Asia B-23.
Hasrat untuk mendapatkan slot automatik ke Paris lebur apabila Indonesia tewas 2-1 di tangan Iraq dalam penentuan tempat ke-3.
Indonesia kini perlu mengharungi satu lagi perlawanan kelayakan menentang wakil Konferderasi Bola Sepak Afrika (CAF) untuk melayakkan diri.
Kesebelasan Utama Indonesia vs Guinea
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Indonesia vs Guinea
Tarikh: 9 Mei 2024 (Khamis)
Masa: 8 Malam
Venue: CNF Clairefontaine Stadium, Perancis
Siaran Langsung: Visionplus & YouTube (Akses VPN / US)