Aksi kedua peringkat kumpulan Uber Cup menyaksikan pertembungan dua negara Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand pada petang Isnin.
Skuad wanita kebangsaan memulakan saingan Uber Cup dengan langkah kiri setelah tunduk di tangan Chinese Taipei dengan keputusan 4-1 semalam dengan mata tunggal buat negara disumbangkan oleh pasangan beregu, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee.
Pasukan negara dijangka mengekalkan barisan pemain sedia ada dengan Goh Jin Wei, K. Letshanaa dan Wong Ling Ching bakal dipertaruhkan dalam aksi perseorangan wanita.
Manakala, kapten pasukan, Teoh Mei Xing dan pasangannya Go Pei Kei serta gandingan muda Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi berkemungkinan dikekalkan untuk berdepan tentangan sengit pasangan dari Thailand.
Thailand pula berada dalam prestasi terbaik setelah membelasah Austalia dalam aksi pembukaan semalam dan pastinya menyasarkan untuk meraih kemenangan bagi menempah tiket ke suku akhir lebih awal.
Tiga pemain perseorangan terbaik mereka yang terdiri daripada bekas juara dunia, Ratchanok Intanon, Supanida Katethong dan Busanan Ongbamruphan akan memberikan tugas sukar buat tugas sukar buat para pemain negara.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Thailand
Info Siaran Langsung Malaysia vs Algeria
Tarikh: 29 April 2024 (Isnin)
Masa: 5.00 petang
Venue: High Technology Zone Sports Center, Chengdu, China
Siaran Langsung: RTM Klik & Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.