Advertisement
Siaran Langsung Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 (Live Streaming)
Live
MakanBola
Olympics

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 bakal berlangsung pada awal pagi Sabtu ini waktu tempatan.

Temasya sukan berprestij ini bakal dimulakan secara rasminya pada 26 Julai setelah usai upacara pembukaan yang dijadualkan berlangsung di Sungai Seine di Kota Paris.

Kontinjen Malaysia uang dianggotai oleh 26 atlet akan diketuai oleh atlet terjun, Betrand Rhodict dan juga atlet pelayaran, Nur Shazrin Abdul Latif selaku pembawa Jalur Gemilang.

Set busana yang bakal diperagakan oleh kontinjen negara telah dihasilkan menerusi ilham pereka fesyen terkemuka tempatan iaitu Rizman Ruzaini yang diberi nama The Malaya.

Upacara pembukaan kali ini agak unik apabila dijalankan di sepanjang Sungai Seine dan acara bakal bermula pada jam 7.30 malam waktu Perancis bersamaan 1.30 pagi Sabtu waktu tempatan.

Temasya Olimpik ini bakal dirasmikan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan dijangka turut dihadiri oleh lebih 120 ketua negara dan kerajaan dari seluruh dunia.

Info Siaran Langsung Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024

Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa: 1.30 pagi (waktu tempatan)
Venue: Sungai Seine, Paris.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan melibatkan atlet Malaysia akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.