Sikap Menyentuh Hati Pemain Malaysia Jadi ‘Payung Teduh’ Kanak-Kanak Pengiring

Matt Syihan Darren Malaysia Sikap Menyentuh Hati Pemain Malaysia Jadi 'Payung Teduh' Kanak-Kanak Pengiring
Aima/MakanBola
Nik Faris @nikfalovic
10:37am 18/11/2023

Perlawanan antara Malaysia dan juga Kyrgyzstan bukan sahaja bermakna apabila skuad negara berjaya melakar kemenangan, namun tindakan bermoral para pemain turut diberi perhatian.

Langkah setiap pemain diperhatikan sejak kali pertama masuk ke atas padang untuk memulakan aksi.

Perlawanan yang berlangsung dengan hujan renyai pada awalnya telah mempamerkan sisi berbeza para pemain terhadap kanak-kanak pengiring yang sedia di sisi mereka.

Kejadian yang menyentuh hati para penyokong apabila melihat para pemain berusaha untui melindungi kanak-kanak yang menjadi pengiring mereka di atas padang.

Tindakan ini sempat dirakam lensa MakanBola tatkala sebilangan para penyokong memberikan tepukan ke atas tindakan tersebut.

Perlawanan ini juga dihiasi dengan aksi yang cukup rancak dengan Malaysia berjaya memungut tambahan +15.49 mata untuk melonjak ke kedudukan 130 dunia.

Anak didik Kim Pan-gon akan terbang ke Taiwan bagi menghadapi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.